fbpx

Dakwaan rasuah KVMRT: MOT sedia bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (tengah) bergambar bersama wakil-wakil media yang menerima sijil apresiasi pada Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun JPJ di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek Klang Valley Mass Rapid Transport (KVMRT) yang disiasat pihak berkuasa Perancis ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau sudah membaca laporan oleh pengendali KVMRT, Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) berhubung isu itu pada Mac lalu.

Malah, katanya, MRT telah menyatakan kesediaan untuk disiasat termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya terbuka dan kita tiada isu. Biarlah pihak berkuasa siasat perkara itu dan kita tidak gentar dengan apa sekali pun.

“Saya sudah baca dan ikuti perkembangan ini (dakwaan pihak berkuasa Perancis), jangan buat sebarang andaian selagi punca sebenar tidak diketahui,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam penyelewengan akan diambil tindakan sewajarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI