fbpx

Penyeludup dicekup berulang kali isi diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Kelantan memeriksa tangki sebuah lori yang telah diisi petrol untuk diseludup ke negara jiran di sebuah stesen minyak di Jalan Chetol, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Taktik dua penyeludup diesel yang berulang kali mengisi bahan api itu menggunakan dua buah lori terbongkar apabila mereka dicekup di sebuah stesen minyak di Jalan Chetok di sini semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30-an itu ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menjalankan Operasi Bersepadu bersama Batalaion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pihaknya menjalankan serbuan selepas menerima maklumat berkenaan dengan kegiatan penyeludupan bahan api di sebuah stesen minyak di Jalan Chetok.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati dua buah lori sedang mengisi diesel di dua buah pam.

“Anggota KPDNHEP dan PGA menahan kedua-dua pemandu itu sebelum mendapati salah sebuah lori itu sudah diisi sebanyak 500 liter diesel.

“Pemeriksaan pada sebuah lagi lori mendapati ruang tangkinya sudah diisi dengan 600 liter diesel,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI