fbpx

Yayasan Sime Darby sumbang RM2.5 juta tangani isu dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD HELMY (dua dari kiri) dan Yatela (kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM2.5 juta kepada Khalid Hashim (tiga dari kanan) sambil disaksikan Norol Azali Sulaiman (tiga dari kiri) di Casa Villa di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Yayasan Sime Darby bergerak proaktif dalam usaha menangani isu penyalahgunaan dadah apabila menyumbangkan dana sebanyak RM2.5 juta bagi mambantu Komuniti Intervensi Dadah (Komited Malaysia) melaksanakan pelbagai program membasmi penyalahgunaan dadah daripada akar umbi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby, Dr. Yatela Zainal Abidin berkata, dana yang mula disalurkan pada Jun tahun lalu itu digunakan bagi membiayai lima rumah penjagaan dan dua buah pusat sehenti harian yang dikendalikan Komited Malaysia.

“Kita menjadi katalis kepada pihak lain bagi membantu komited Malaysia yang menggerakkan usaha menangani masalah penagihan dadah daripada akar umbi.

“Kita berharap lebih banyak lagi pihak dapat membantu Komited Malaysia yang memerlukan perbelanjaan besar dalam menggerakkan aktiviti dan program secara berterusan,”katanya dalam sidang akhbar di Casa Villa di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman; Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad, Mohamad Helmy Othman Basha; Setiausaha Kehormat Yayasan AIDS Malaysia, Bakhtiar Talhah dan Presiden Komited Malaysia, Khalid Hashim.

Menurut Yatela pihaknya akan memantau dan membuat penilaian mengenai keberkesanan program yang dilaksanakan Komited Malaysia sebelum membuat keputusan penyaluran dana baharu kelak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI