fbpx

Sasterawan negara, Zaharah Nawawi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berita pemergian Allahyarhamah yang dikongsikan melalui satu hantaran di Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka.

PETALING JAYA – Sasterawan negara, Zaharah Nawawi meninggal dunia di Hospital KPJ Rawang sekitar 7.55 pagi tadi.

Berita pemergian Zaharah, 82, itu dikongsikan melalui satu hantaran di Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka.

Allahyarhamah dipercayai meninggal dunia setelah bertarung nyawa melawan penyakit barah yang dihidapinya.

“Warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Zaharah Nawawi yang merupakan penerima S.E.A. Write Award (Malaysia) pada tahun 1996.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI