fbpx

Akhirnya nanti saya juga yang dipersalahkan – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUDAH berminggu-minggu nama Baby Shima memanas gara-gara tular beberapa buah video memaparkan dia sakan bergelek ketika membuat persembahan pada sambutan rumah terbuka hari raya sehingga mengundang kecaman ramai.

PETALING JAYA – “Saya enggan komen lanjut, sebab nanti pada akhirnya tetap saya yang dipersalahkan.”

Demikian komen ringkas penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima berhubung kenyataan segelintir golongan agamawan yang tampil memberi teguran susulan video bergelek miliknya yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Kata Shima, 29, setiap orang punyai pandangan masing-masing dan terpulang kepada mereka untuk berkata apa sahaja.

“Saya enggan komen lanjut mengenai teguran yang diberikan. Mereka ada hak untuk menegur dan lontarkan pandangan masing-masing.

“Sebab kalau saya cakap atau komen lebih-lebih pun, penghujungnya nanti tetap saya yang salah. Lebih baik saya diam dan fokus perkara lebih penting,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Shima yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja, dia sudah lali dengan perkara seperti itu dan malas mahu memikirkannya secara mendalam.

Terdahulu, tindakan pelantun lagu Lalai itu bergelek sakan pada sambutan rumah terbuka hari raya baru-baru ini mendapat kecaman ramai apabila video persembahannya tular dan hangat diperkatakan ramai.

Lebih menyakitkan hati dan menambahkan kemarahan apabila penyanyi yang turut popular di Indonesia itu mengeluarkan kenyataan dia bergelek kerana mahu tahan kentut.

Perbuatan penyanyi sensasi itu turut menuai respons seorang penceramah bebas, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar yang melayangkan surat terbuka kepadanya dengan berkata, industri hiburan di Indonesia dan negara ini tidak sama.

Tegas Ahmad Fuad, jangan terlebih berhibur sehingga maruah menjadi lebur dan Shima dinasihatkan agar menjadi artis yang memberi inspirasi positif dan panduan yang baik terhadap masyarakat terutama remaja.

Sebelum ini, pada 22 Mei lalu, tular dalam Tik Tok apabila Shima merakam video sambil menari di Jalan Temiang-Pantai yang diberi jolokan ‘New Zealand Malaysia’ di Negeri Sembilan.

Rakaman video itu menunjukkan Shima sakan menari bersama seorang lagi wanita dengan kapsyen ‘reaksi Shima bila orang maki-maki’.

Perbuatan Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli itu turut mendapat perhatian Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf yang menyifatkan tindakan pemandu yang berhenti di lorong kecemasan laluan jalan itu tanpa alasan yang munasabah adalah satu kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI