fbpx

Bella demam, tidak dapat hadir ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tiba bersama peguamnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk sambungan perbicaraan : Foto - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Prosiding perbicaraan yang mana pengecaman sepatutnya dibuat terhadap remaja perempuan, Bella yang dikatakan diabaikan dan dianiaya oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Ini kerana remaja Sindrom Down tersebut sedang demam. Bella kini dijaga di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Seremban.

Selain Bella, beberapa penghuni Rumah Bonda yang dikatakan berada di rumah penjagaan tersebut sewaktu Bella dikatakan didera turut dijadualkan untuk hadir ke mahkamah untuk dicamkan oleh saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood juga ditangguhkan.

Menurut Timbalan Perdakwa Raya, Nor Azizah Mohamad ketika ditemui media mahkamah berhenti rehat seketika, Bella memang dijadualkan hadir untuk pengecaman namun mereka telah dimaklumkan bahawa remaja itu tidak sihat.

“Memang sepatutnya hadir tetapi Bella demam. Sepatutnya panggil sekali dengan beberapa lagi penghuni Rumah Bonda tetapi disebabkan Bella demam, maka pengecaman ditangguhkan.

“Kita nak buat pengecaman sekaligus untuk memudahkan saksi, Bella dan penghuni-penghuni lain,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi masih diteruskan dengan pemeriksaan semula pihak pendakwaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI