fbpx

Pelakon veteran, Aripah Damanhuri meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarhamah Aripah Damanhuri.

PETALING JAYA – Pelakon veteran, Aripah Damanhuri, 73, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8.15 pagi tadi.

Menurut anak Allahyarhamah, Nurpais Ismail, 42, berkata, ibunya tidak sedarkan diri secara tiba-tiba setelah disahkan doktor jantungnya sudah tidak berfungsi.

“Semalam, emak masih sedar, cuma tidak boleh bercakap kerana menggunakan trakeostomi bagi membantu bernafas,” katanya di sini hari ini.

Pada 23 April lalu, Allahyarhamah Aripah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa ditidurkan.

Difahamkan, sebelum ini keadaan pelakon veteran itu semakin baik dan dipindahkan ke wad biasa.

Nurpais berkata, ibunya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta diberikan suntikan untuk menguatkan jantung selepas tiga hari tidak sedarkan diri.

Jenazah Allahyarhamah Aripah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Batu Muda, namun keluarga belum dapat memastikan waktu pengebumian.

“Kami masih menunggu jabatan forensik HKL menguruskan jenazah emak,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI