fbpx

Anak menteri Mesir hadapi pertuduhan membunuh di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Ramy didakwa membunuh dengan niat dua lelaki dan bakal dihadapkan ke mahkamah agung California pada 17 Jun ini. - Daily Mail

KAHERAH – Anak lelaki kepada Menteri Imigresen dan Hal Ehwal Ekspatriat Mesir, Nabila Makram berdepan pertuduhan membunuh dengan niat dua lelaki dalam satu insiden di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Saudi Gazette  kelmarin.

Ramy Hani Mounir Fahim, 26, yang menetap di Irvine, California, didakwa melakukan  ‘pembunuhan berganda’  kerana menikam rakan sekerja  dan rakan serumahnya.

Kedutaan Mesir di AS campur tangan untuk membendung isu tersebut. Ramy dijangka dihadapkan ke Mahkamah Agung Negeri California pada 17 Jun ini.

Ramy yang merupakan pekerja di firma Pence Wealth Management, didakwa pada April lalu dengan dua pertuduhan membunuh dua individu.

Setiap satu pertuduhan itu melibatkan jenayah bunuh de­ngan menggunakan senjata berbahaya.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya California, lelaki itu berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

“Saya dan keluarga dalam keadaan amat tertekan selepas Ramy didakwa atas tuduhan membunuh di AS. Dakwaan ini dibuat di mahkamah AS dan hukuman masih belum dijatuhkan.

“Menjalankan tugas saya selaku menteri dalam kerajaan Mesir sama sekali tidak bercanggah dengan menjadi seorang ibu yang cekal dalam menghadapi dugaan yang menimpa anaknya,” tulis Nabila di laman Facebook.

Ramy  ditangkap pada 20 April lalu sebagai suspek kes pembunuhan berganda di Anaheim, California. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI