fbpx

Kontinjen Kuala Nerus muncul juara Sutera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHARDI (depan, dua dari kanan) bersama skuad UM yang muncul juara Kejohanan Memanah IPT di UniSZA, Kuala Nerus semalam.

KONTINJEN Kuala Nerus membuktikan keunggulan mereka apabila merampas gelaran juara keseluruhan Sukan Terengganu (Sutera) edisi kedua yang me­labuhkan tirainya kelmarin.

Kutipan 26 pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa memboleh­kan kontinjen Kuala Nerus membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang kemenangan RM75,000.

Juara bertahan, Kuala Terengganu pula terpaksa akur di tempat kedua dengan pungutan 20 pingat emas, sembilan perak dan 19 gangsa untuk memenangi piala iringan serta hadiah RM50,000.

Tempat ketiga menjadi milik kontinjen Marang selepas meraih 13 pingat emas, 16 perak, 14 gangsa sekali gus turut menerima piala iringan berserta RM20,000.

Sementara itu, kejayaan empat pingat emas dalam sukan tenpin boling membolehkan atlet Kuala Terengganu, Mohd. Zulhafizi Ariffin dinobatkan sebagai Olahragawan Sutera.

Anugerah Olahragawati pula menjadi milik pelari pecut Kuala Nerus, Nurul Wardatul Huwaida Mohd. Hamka yang meraih dua pingat emas dan dua gangsa me­lalui acara olahraga.

Kedua-dua atlet masing-ma­sing menerima piala iringan dan wang RM1,000.

Sebanyak lapan daerah be­rentap dalam 13 acara sukan pada kejohanan sukan dwitahunan itu dalam misi mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan sebagai atlet pelapis negeri Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI