fbpx

Aaron tekad pamer aksi terbaik di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi pada Indonesia Masters yang akan membuka tirai minggu depan.

TINGGAL lebih kurang semin­g­gu sahaja lagi buat pemain-pemain melakukan persiapan terakhir sebelum kejohanan badminton Indonesia Masters di Jakarta membuka tirainya bermula 7 hingga 12 Jun nanti.

Kejohanan itu dilihat sebagai pentas terbaik untuk semua pemain menjadikannya sebagai medan pemanas badan bagi menghadapi kejohanan Terbuka Indonesia yang lebih besar selepas ini.

Pemain beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia berharap dia dan Soh Wooi Yik mampu menampilkan aksi lebih baik pada Indonesia Masters selepas mara ke separuh akhir dalam dua kejohanan terdahulu iaitu Terbuka Switzerland dan Thailand.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi, sebaliknya mahu fokus terhadap satu demi satu perlawanan bagi mengelakkan sebarang tekanan.

“Bagi kejohanan Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia nanti, kami tidak mahu fikir terlalu banyak kerana apa yang penting adalah untuk fokus pada permainan di dalam ge­langgang sahaja.

“Buat masa sekarang, kami hanya mahu melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan. Paling penting adalah kami bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada kejohanan Indonesia Masters nanti, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan bertemu beregu yang melepasi saingan kelayakan di pusingan pertama.

Sekiranya berjaya melepasi halangan pertama, Aaron-Wooi Yik dijangka berdepan wakil tuan rumah yang merupakan juara remaja dunia 2019, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin di pusingan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI