fbpx

Perhilitan Kelantan pantau gangguan gajah liar di Lata Rek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seekor gajah telah menceroboh masuk ke kawasan Kampung Tok Uban, Lata Rek, Kuala Krai baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sudah menjalankan operasi pemantauan berkala, kawalan dan tembak halau gajah liar di Lata Rek, Kuala Krai selepas menerima aduan daripada penduduk sejak Jumaat lalu.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, seramai empat kakitangan Perhilitan daerah Kuala Krai dan Unit Tangkapan Gajah negeri ke lokasi kejadian pada hari yang sama.

Menurutnya, siasatan mendapati, gajah yang mengganggu penduduk dipercayai dari Hutan Simpan Sungai Rek selepas dianggarkan kira-kira 12 ekor masih berada di hutan simpan berkenaan.

“Hasil pemantauan di lapangan mendapati, sebanyak 20 ekor gajah liar berada di kawasan kampung itu. Kumpulan ini telah berpecah kepada dua iaitu 14 ekor gajah berada di kawasan Kampung Tok Uban manakala enam ekor lagi berada di Kampung Catan.

“Kumpulan gajah ini berkemungkinan memasuki kawasan kampung itu selepas menyusur kawasan pagar elektrik yang telah dibina oleh pihak ladang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Hafid, gajah itu masih berada di kawasan kampung disebabkan oleh pengecilan kawasan habitan hidupan liar tersebut.

Katanya, selain itu, tanaman tebu, timun dan juga pisang selain kebun bersemak samun menarik perhatian gajah-gajah untuk mendapatkan sumber makanan.

“Perhilitan telah berjaya menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai pada Sabtu lalu kerana telah memasuki kawasan kampung dan bertindak agresif.

“Gajah liar jantan yang ditangkap di kampung itu dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Serasa di mana anggaran populasi adalah lebih daripada 15 ekor,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI