fbpx

Mayat perlu jalani ujian Covid-19 sebelum dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah mayat di Shenzhen, China diarahkan membuat ujian Covid-19 kepada semua mayat yang dihantar untuk proses pembakaran. - Sixth Globe

BEIJING – Sebuah rumah mayat di bandar Shenzhen, China di­arahkan untuk membuat ujian calitan Covid-19 ke atas mayat yang dihantar untuk upacara pembakaran, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Arahan itu dibuat selepas Shenzhen mencatat keputusan sifar kes Covid-19 selama  72 jam lepas.

Arahan ujian calitan ke atas mayat itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga supaya pekerja rumah mayat tidak dijangkiti oleh individu yang mungkin meninggal dunia akibat Covid-19.

Sekiranya mayat tersebut didapati positif Covid-19, ia akan dikuarantin terlebih dahulu sebelum prosedur seterusnya dilakukan.

Syarat tersebut menimbulkan kemarahan penduduk tempatan yang menganggapnya  sebagai tidak menghormati orang yang sudah mati.

Seorang pengguna laman  sosial tempatan, Weibo menulis kenyataan berbaur sindiran mengenai sekatan Covid-19 oleh pemerintah yang tidak berakhir walaupun selepas rakyat menjadi mayat.

“Mungkin saya perlu memakai pelitup muka sehingga saya menjadi mayat, memegang keputusan ujian calitan di dalam keranda sebelum mayat saya dibenarkan untuk dibakar,” tulisnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI