fbpx

Kecewa punca ahli PKR tidak keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMILIHAN PKR Cabang Kangar mengundi calon pilihan mereka di Kangar, Perlis semalam.

PETALING JAYA – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyaksikan keputusan keluar mengundi serendah 13.5 peratus berkemungkinan disebabkan kekecewaan yang dirasakan ahli parti itu disebabkan beberapa faktor.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, peratusan keluar me­ngundi yang rendah tersebut berkemungkinan atas pelbagai faktor antaranya rasa tidak puas hati dan kekecewaan ahli PKR.

Azmi

“Pada masa sama, peningkatan 7,000 pengundi kepada 147,000 berbanding 140,000 pada tahun 2018 tidak boleh dikatakan sebagai peningkatan kerana ia adalah sesuatu tempoh yang lama dan jumlah yang amat sedikit sekali.

“Jarang saya melihat peratusan keluar mengundi tidak sampai 14 peratus dalam sesuatu pemilihan parti politik dan peratusan itu sesuatu yang sangat rendah,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! di sini semalam.

Beliau turut memberitahu, terdapat beberapa faktor yang menjadi antara penyebab peratusan keluar mengundi pemilihan PKR berada pada tahap tersebut.

“Saya berpendapat bahawa kekecewaan ahli parti berkenaan terhadap prestasi semasa PKR di beberapa negeri seperti di Melaka, Sarawak dan Johor misalnya antara penyebab kepada peratusan keluar mengundi rendah.

“Sekiranya ahli merasakan parti mereka mempunyai peluang terutamanya di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, mereka akan keluar mengundi beramai-ramai untuk memilih kepimpinan yang dirasakan boleh membawa PKR berdepan pada PRU-15 kelak.

“Namun, disebabkan prestasi parti berkenaan dan jawatan Presiden PKR yang dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa pertandingan mungkin menyebabkan ahli parti tersebut merasakan tiada perbezaan sekiranya mengundi atau sebaliknya,” jelasnya.

Tambah Azmi, sekiranya dilihat keputusan tidak rasmi terutamanya melibatkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menunjukkan perubahan yang diinginkan ahli.

“Persaingan tersebut me­nyaksikan keputusan tidak rasmi bahawa Rafizi mendahului pe­rebutan jawatan itu. Ia sekaligus mempamerkan kehendak ahli yang inginkan perubahan dalam parti berkenaan.

“Berdasarkan penelitian dan pembacaan saya, bekas Ahli ­Parlimen Pandan terbabit kadang kala menongkah arus kehendak Presiden PKR sementara Datuk Seri Saifuddin Nasution yang boleh dianggap sebagai pengikut setia Presiden parti berkenaan.

“Jadi, kemenangan tidak rasmi Rafizi menunjukkan perubahan yang diinginkan ahli PKR yang melihat beliau (Rafizi) sebagai ‘landasan’ paling efektif untuk membawa perubahan dengan idea-ideanya dalam parti ber­kenaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI