fbpx

SKM akan batal 289 koperasi tidak aktif di Kelantan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainudin (dua dari kiri) semasa merasmikan Pra Pelancaran Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Peringkat Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. -Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan tidak teragak-agak untuk membatalkan sebanyak 289 daripada 939 buah koperasi berdaftar di negeri ini sekiranya didapati tidak aktif selepas tempoh tiga tahun.

Pengarahnya, Zainudin Mohamed berkata, SKM sentiasa melakukan pemantauan dan penelitian terhadap koperasi yang berdaftar di negeri ini dari semasa ke semasa.

“Hasil pemantauan SKM ketika ini mendapati sebanyak 289 koperasi dilihat tidak aktif. Tindakan pembatalan akan dilakukan selepas tempoh tiga tahun termasuk akan diberi masa selama enam bulan untuk koperasi diaktifkan sebelum tindakan diambil.

“Beberapa perkara perlu diambil oleh pihak koperasi iaitu dengan mengadakan mesyuarat agung, audit dan dan lain-lain bagi memastikan koperasi yang ditubuhkan itu beroperasi dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Aidilfitri SKM dan Pra Pelancaran Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Peringkat Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut Zainudin berkata, jumlah keseluruhan ahli daripada 939 koperasi di Kelantan dianggarkan seramai 318,000 orang dan pihaknya sudah membatalkan lebih 15 koperasi di negeri ini kerana tidak aktif pada tahun ini.

Katanya, pembatalan itu tiada kaitan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa musim pandemik Covid-19 yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI