fbpx

Jihan Muse hamil anak kedua ketika positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengacara, Jihan Muse mendedahkan dirinya kini hamil enam bulan.

PETALING JAYA – Selepas ramai berteka-teki, pelawak dan juga pengacara Jihan Muse akhirnya mendedahkan dirinya kini sedang sarat hamil enam bulan anak kedua.

Ujar pemilik nama lengkap Nur Jihan Musa, 39, dirinya mendapat tahu sedang berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur wajib untuk menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.

Bagaimanapun, hasil ujian Covid-19 yang dilakukan mendapati dirinya positif virus tersebut sekali gus menjadi antara punca acara AME2021 ditunda.

“Gara-gara positif Covid-19, saya telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh. Ketika di hospital baru saya dapat tahu positif dua perkara. Covid-19 dan hamil,” ujarnya.

Jihan yang ditemui ketika AME2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi bersyukur kerana tidak mengalami simptom yang teruk ketika positif Covid-19 walaupun sedang hamil.

“Syukur alhamdulillah saya tidak mengalami gejala yang teruk. Saya juga melalui pengalaman ditempatkan bersama ibu-ibu lain yang sedang sarat hamil di dalam wad.

“Malah ada yang lebih teruk daripada saya. Berada selama 10 hari di dalam wad mengajar saya untuk lebih bersyukur menikmati kehidupan,”katanya.

Sama seperti mana-mana ibu hamil yang lain, Jihan juga mengambil pendekatan untuk tidak menghebohkan berita tentang kehamilannya kerana merasakan masih terlalu awal.

Ditambah pula dirinya ketika itu sedang dijangkiti Covid-19 membuatkan pengacara program Gegar Vaganza itu mengunci mulut

“Tapi saya bersyukur kerana sudah lama menginginkan seorang lagi anak. umur saya pun semakin lanjut. suami sangat gembira apabila mendapat tahu saya hamil,” kata Jihan.

Untuk info, Jihan mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI