fbpx

Bayern mahu bawa Mane ke Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kiri) sepatutnya mendedahkan mengenai masa depannya selepas aksi final menentang Real, namun gagal berbuat demikian. – AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan bersedia mempertimbangkan masa depan kelab itu tanpa tonggak utama, Sadio Mane jika ada kelab yang bersedia membayar yuran perpindahan berjumlah £35 juta (RM193.30 juta).

Mane dikatakan mahu untuk mencari angin baharu dalam kariernya selepas meraih pelbagai kejayaan bersama Liverpool sebelum ini sekali gus menarik minat Bayern Munich untuk melihat potensi perpindahan tersebut.

Sebelum aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Ahad lalu, Mane dalam sesi sidang media berjanji untuk mendedahkan mengenai masa depannya selepas perlawanan tersebut, namun tidak mengotakan janjinya.

Pegawai kelab berkenaan terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Mane akan mengumumkan mengenai masa depannya di Anfield selepas dia benar-benar bersedia.

Mane menyertai Liverpool pada Jun 2016 dan sudah memenangi enam kejuaraan bersama kelab itu termasuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara selain pernah berkongsi gelaran penjaring terbanyak sebelum ini.

Pemain itu sedang berada pada puncak prestasi ketika ini apabila turut membantu Senegal meraih kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika serta membantu pasukan itu layak ke saingan Piala Dunia menyebabkan Liverpool merasakan harga yang diminta itu sangat berpatutan.

Barcelona juga turut dikaitkan dengan Mane ketika mereka tidak dapat mengesahkan sama ada mampu untuk mendapatkan khidmat penggempur Ba­yern, Robert Lewandowski, namun kehadiran pemain Senegal itu dilihat mampu menambah ketajaman jentera serangan The Catalans.

Bagaimanapun, melepaskan Mane adalah suatu keputusan besar yang perlu dibuat oleh pengurus pasukan, Jurgen Klopp ketika James Milner bakal meng­akhiri kontrak, masa depan Alex Oxlade-Chamberlain juga tidak menentu selain Mohamed Salah, Naby Keita dan Roberto Firmino memasuki tahun terakhir perjanjian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN