SEPATUTNYA pada 15 Jun ini, kumpulan PIXY akan membuat kemunculan semula dengan meluncurkan sebuah album mini ketiga diberi judul REBORN.
Bagaimanapun, kegembiraan peminat menantikan kehadiran kumpulan itu agak terganggu dengan berita melibatkan salah seorang anggotanya iaitu Ella.
Penyanyi itu dikatakan berdepan dengan masalah kesihatan yang tidak menentu sejak Mac lalu sehingga memaksanya berehat buat sementara waktu.
Agensi kumpulan itu, ALLART Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu, kegiatan aktiviti Ella terpaksa dihentikan buat seketika dan PIXY akan meneruskan karier bersama baki lima anggotanya.
“Ella mengadu sukar menyertai semua aktiviti PIXY disebabkan keadaan fizikal dan tekanan peribadi yang dialaminya sejak Mac.
“Selepas berbincang bersama Ella, dia akhirnya memutuskan berehat dan fokus untuk rawatan. Jadi, PIXY akan meneruskan karier bersama
Dia, Satbyeol, Lola, Sua dan Dajeong,” katanya.
Tambah agensi itu lagi, perkembangan karier Ella selepas ini akan dimaklumkan kepada peminat berdasarkan status tahap kesihatannya.