fbpx

Rumah pam Kemubu 3 pelan jangka panjang atasi kemarau di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Roslan (dua dari kiri) dan Kamarudin (empat dari kanan) memotong kek pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kada di Ibu Pejabat Kada, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM34 juta bagi membina rumah pam Kemubu 3 dalam usaha mengatasi masalah gangguan bekalan air ke petak-petak sawah setiap kali kemarau melanda negeri ini.

Pengurus Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Nik Roslan Idris berkata, pembinaan rumah pam itu merupakan pelan jangka panjang dalam membantu petani setiap kali tiba musim kemarau.

Menurutnya, rumah pam itu dijangka mampu menyedut air Sungai Kelantan meskipun paras sungai tersebut berkurangan berbanding kebiasaannya semasa musim kemarau.

“Dua rumah pam iaitu Kemubu 1 dan Kemubu 2 tidak dapat menyeludup keluar air pada musim kemarau kerana paras sungai yang cetek.

“Kawasan yang sering berdepan kemarau antaranya Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan, Bachok dan Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kada di Ibu Pejabat Kada di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Roslan memberitahu, kerja-kerja pembinaan itu dijangka akan bermula selewat-lewatnya hujung tahun ini dan sudah mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Katanya, kerja rekaan projek itu sudah bermula dan proses tender dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

“Sebagai langkah awal berdepan musim kemarau untuk musim pertama tahun ini, kita menyediakan sebanyak 300 buah pam jenis mudah alih dan ‘back-work’ untuk membantu para petani.

“Usaha itu bagi memastikan petak-petak sawah mendapat bekalan air yang cukup untuk kerja-kerja tanaman padi selain menggunakan kaedah telaga tiub,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI