fbpx

Hujan lebat di Perlis, Kelantan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di sebelah utara semenanjung dan Kelantan dinasihatkan sentiasa berwasapada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di negeri Perlis serta Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

“Di Pulau Pinang pula membabitkan Timur Laut dan Seberang Perai Utara manakala di Perak hanya tertumpu di Hulu Perak.

Selain itu, keadaan sama turut diramalkan berlaku di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Tambah MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI