fbpx

Lelaki Rohingya dicekup langgar koperal semasa sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya Rao.

KLANG – Gara-gara mengelak ditangkap membuatkan seorang lelaki etnik Rohingya bertindak melanggar seorang anggota polis trafik dalam sekatan jalan raya berhampiran Jambatan Raja Nala di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, anggota trafik berpangkat koperal berusia 30-an itu cedera di tangan kiri dan kanan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, semasa kejadian suspek lelaki berusia 30-an sedang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

Katanya, ketika suspek sedang ingin diperiksa didapati telah bertindak agresif untuk melarikan diri sehingga melanggar
anggota polis trafik yang bertugas di lokasi tersebut.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan di lokasi sekatan jalan raya oleh anggota trafik lain dengan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki Rohingya itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Semakan terhadap motosikal itu juga mendapati tiada mempunyai cukai jalan,” katanya pada sidang akhbar dekat sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, suspek yang ditangkap itu tiada kaitan dengan banduan yang telah meloloskan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Relau, Sungai Bakap, Kedah sebelum ini.

Vijaya menegaskan, suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI