fbpx

Shilpa Shetty nafi tuduhan seleweng wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILPA SHETTY dan suaminya, Raj Kundra.

AKTRES Shilpa Shetty menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat terhadap dia dan suami, Raj Kundra tentang penyelewengan wang terhadap seorang pelabur dalam satu urusan jual beli jongkong emas.

Kata Shilpa, dia tidak mahu memberi sebarang komen lanjut kerana kes tersebut kini sedang dalam siasatan lanjut.

Menurut laporan polis daerah Khar, seorang mangsa bernama Sachin Joshi membuat laporan bahawa dia telah ditipu oleh syarikat milik pasangan itu selepas membayar Rs 18.58 lakh (RM104,000) untuk satu kilogram jongkang emas.

“Tuduhan Sachin tidak berasas kerana kami sudah pun mendepositkan emasnya. Namun proses pemindahan mengalami masalah kerana kes ini.

“Kebenaran akan terbukti kerana saya dan suami tidak menjalankan sebarang skim penipuan,” tegas Shilpa lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI