fbpx

Beratur seawal 4 pagi demi nombor giliran di Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebahagian individu yang dipercayai beratur seawal pukul 4 pagi bagi mendapatkan nombor giliran di Jabatan Imigresen.

PETALING JAYA – Isu beratur panjang dan mutu perkhidmatan yang kurang baik oleh Jabatan Imigresen (JIM) terus menjadi topik ‘hangat’ dalam kalangan orang ramai di media sosial.

Rata-ratanya meluahkan kekecewaan apabila tiada penambahbaikan yang diambil berhubung jabatan terbabit selepas mengambil maklum mengenai masalah tersebut.

Tinjauan Kosmo! di beberapa platform laman sosial mendapati sebahagian besar orang ramai masih berhadapan isu yang sama ketika ingin memohon, memperbaharui dan mengambil pasport.

Lebih mengejutkan, terdapat juga individu yang mendakwa mereka terpaksa beratur seawal pukul 4 pagi bagi mendapatkan nombor giliran, namun lokasi pejabat tidak dapat dikenal pasti.

“Kawan saya beratur untuk ambil pasport pada pukul 4 pagi, semalam. Mereka juga bukan orang yang pertama sampai di situ. Perkhidmatan awam tidak sepatutnya jadi seperti ini. Kita tak bayar cukai untuk dilayan sebegini,” kata Numan menerusi laman Twitter.

“Aku masih rasa bengang dengan sistem imigresen ni. Hari tu nak ambil pasport kat Jalan Duta, pukul 4.30 petang dia bagitahu nombor habis. Lepas kena asak baru dapat. Jadinya beratur tiga jam dan proses satu jam,” luah Amir di laman Facebook.

Sementara itu, terdapat juga individu yang menyarankan agar membuat pengambilan pasport di lokasi yang kurang sibuk bagi mengelak berhadapan proses yang lebih lama.

“Saya baru perbaharui pasport dan ‘collection point’ di JIM Cameron Highlands. Hari tu datang ambil tekan nombor, sahkan cap jari dan siap kurang 10 minit.

“Cuba kawan pilih tempat ambil yang kurang sibuk tetapi masih berdekatan. Walaupun dua jam dari rumah pun masih berbaloi daripada beratur sampai petang,” ujar finisera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI