fbpx

Pelanggan terkejut beli sup perut RM20 berisi najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang individu memuat naik gambar hidangan sup perut yang berisi najis di laman Twitter.

PETALING JAYA – Seorang individu terkejut apabila hidangan sup perut yang dibeli berharga RM20 di salah sebuah kedai berbau busuk setelah dipanaskan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik salah seorang pengguna laman Twitter, dia mendapati dua ketul perut yang dibeli dipenuhi dengan najis kerana tidak dibersihkan dengan teliti.

Dalam pada itu, dia telah menghubungi peniaga berkenaan untuk memberitahu mengenai kualiti makanan yang dibeli dipenuhi najis, namun peniaga terbabit mendakwa itu cuma kandungan lemak yang terdapat di dalam perut sahaja.

Tambahnya, sebagai pelanggan dia juga tahu untuk membezakan antara lemak dan najis.

Perkongsian ciapan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai yang rata-rata turut marah dengan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.

“Takkan lah orang tidak tahu beza najis atau lemak kan? Perut memang kena cuci dan direbus dengan lama untuk menghilangkan bau busuk itu,” kata seorang pengguna.

“Aku yang baca pun dapat bayangkan rasa nak termuntah bau sup itu apatah lagi kalau nak makan,” kata Farhan Amzar.

“Hantar balik kepada peniaga itu, suruh dia makan ‘lemak’ ini,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI