fbpx

MPV terjunam ketika balik beraya, tujuh sekeluarga cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut.

KLANG – Perjalanan tujuh sekeluarga pulang dari majlis rumah terbuka bertukar detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai berhampiran Jalan Haji Manan, malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, dua mangsa parah dikenali Roslah Ayob,60, dan seorang lagi wanita tidak diketahui identitinya susulan kad pengenalannya hilang di dalam sungai itu.

Lima lagi cedera ringan dikenali Ramdzan Jalaludin,61, ; Nik Zaiyuslinda Mustapha,34; Nurul Fatin Nadiah Samsudin,29: Muhammas Adam Hafis Shary Azrin,13, dan seorang lagi tidak diketahui susulan kad pengenalan turut hilang di sungai itu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.46 malam.

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Proton Exora.

Katanya, berdasarkan maklumat awal diterima tujuh sekeluarga yang menaiki MPV jenis Proton Exora telah terjunam ke dalam sungai.

“Mereka dikatakan baharu pulang dari majlis rumah terbuka.

“Lima mangsa dikeluarkan orang awam manakala dua lagi tersepit di bahagian stering dikeluarkan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan mendapati dua daripadanya cedera parah selain turut kehilangan kad pengenalan dipercayai dalam sungai.

Tambah Norazam, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI