fbpx

Rafizi menang jawatan Timbalan Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PETALING JAYA – Walaupun kiraan undi di Sarawak masih belum muktamad, bekas Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli hampir pasti kembali memegang jawatan tersebut dalam keputusan pemilihan parti itu hari ini.

Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui hantarannya di Facebook sebentar tadi turut mengucapkan tahniah kepada lawannya itu.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya telah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang.

“Syabas juga diucapkan kepada semua yang terpilih Ketua Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Cabang dan Jawatankuasa.

“Sikap saya mudah dan jelas, hormat keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti, amalan demokrasi menentukan ada yang terpilih dan ada yang tidak. Jangan sesekali carikkan silaturrahim. Sentiasa jaga perpaduan sesama anggota parti. Insya-Allah Keadilan akan terus kuat,” tulisnya.

Tambahnya lagi, tugasnya masih belum selesai dan masih tertumpu penganjuran Kongres Nasional pada Jun ini. Katanya, kongres masih perlu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan sesuai Akta Pertubuhan 1966.

“Sekitar 3,000 perwakilan akan memilih 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat. Selesai proses ini Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden akan mempunyai satu barisan kepimpinan yang lengkap. Tugas saya bernoktah di situ.

“Tugas seterusnya, kepimpinan baru mempersiap parti mendepani pru15. Syabas dan tahniah buat semua!” jelasnya.

Dalam pada itu, menerusi pemilihan kali ini, hanya 13.17 peratus daripada 1,118,423 anggota yang layak melakukan tanggungjawab mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI