fbpx

Tunku Ismail buat pendedahan isu Sumareh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL memberi bayangan seorang lagi pemain import adalah pemain kelahiran Sepanyol seperti yang dikongsikan sebelum ini di akaun Instagram miliknya.

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Persa­tuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah menawarkan kontrak lumayan kepada pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh bermula tahun depan.

Sebagai rekod, isu Sumareh telah menggemparkan bola sepak negara sejak bulan lepas setelah menamatkan kontraknya bersama Pahang kerana difahamkan tidak menerima bayaran gaji untuk tempoh yang lama.

Keputusan itu menyaksikan spekulasi mengenai masa depan pemain kelahiran Gambia itu menjadi tanda tanya sehingga dikaitkan dengan JDT dan Selangor sebelum Sumareh menandatangani kontrak bersama pasukan Thailand, Police Tero FC.

Menerusi laman sosial rasmi Tunku Ismail, perbualan Pengarah Teknikal Selangor, Micheal Feictenbeiner dan Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon dengan Sumareh didedahkan selain kontrak rasmi yang bakal diberikan kepadanya.

Pendedahan mesej dan dokumen kontrak di laman sosial rasmi Tunku Ismail.

“Hello Sumareh, saya Micheal TD (Pengarah Teknikal) Selangor. Saya mahu berbincang dengan kamu (Sumareh) secara terus dan saya sangat gembira jika kita dapat bekerjasama pada musim depan.

“Awak amat sesuai dengan Selangor dan saya berjanji, kami boleh tingkatkan prestasi awak dan jadi antara penyerang terbaik di negara ini.

“Kalau awak ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi saya pada bila-bila masa. Jumpa lagi,” kata Feictenbeiner yang kini menjadi ketua jurulatih sementara pasukan Gergasi Merah.

Sementara itu, Johan dalam perbualan tersebut turut mengesahkan FAS sedia berbincang mengenai gaji yang mana Sumareh menuntut bayaran sebanyak AS$20,000 (RM82,000) sebulan berbanding tawaran rasmi FAS bernilai AS$17,000 (RM70,000).

Kontrak yang ditawarkan oleh Selangor kepada Sumareh adalah selama dua tahun bermula Januari 2021 depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI