fbpx

Jong-un namakan vaksin Covid-19 sebagai ‘ramuan kasih sayang abadi’ kepada rakyat Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang doktor menjelaskan langkah pencegahan wabak Covid-19 kepada sebuah keluarga di Pyongyang pada 18 Mei lalu. - AFP

PYONGYANG – Pemimpin Utama Korea Utara, Kim Jong-un mengisytiharkan vaksin Covid-19 yang diedarkan kepada rakyat negara itu sebagai ‘ramuan kasih sayang abadi’, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Selain memerintahkan penduduk Korea Utara mendapatkan vaksin ‘kasih sayang’, Jong-un juga menyarankan mereka berkumur air garam dan meminum ramuan herba bagi mencegah penularan virus maut tersebut.

Jong-un hanya mengakui penularan wabak maut itu sejak awal bulan ini apabila ratusan ribu rakyatnya diarah  menjalani kuarantin kerana mengalami simptom demam dan batuk.

“Mereka memainkan mesej propaganda politik yang kuat ketika askar disuntik dengan vaksin Covid-19 yang diperoleh dari China.

“Mereka memanggilnya sebagai ‘vaksinasi kasih sayang daripada Martabat Tertinggi’,” kata seorang pegawai tentera yang dirahsiakan identitinya.

Ulang suara dakwaan Jong-un itu dipasang melalui pembesar suara yang dimainkan di semua pusat imunisasi sambil menekankan vaksin tersebut adalah hadiah istimewa beliau kepada rakyat Korea Utara.

Setakat ini, saluran media pemerintah, KCNA, hanya mengesahkan sebanyak 69 kes  kematian akibat Covid-19.

Ia merujuk virus korona sebagai wabak ‘demam’ dan bergelut untuk mendiagnosis kes dengan pantas serta tepat berikutan kekurangan fasiliti kesihatan moden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI