fbpx

Rugi RM20,000 duit, peti sejuk hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan deretan rumah sewa yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil semalam.

Oleh KAMARIAH KHALIDI

DENGKIL – Sudahlah diuji dengan musibah banjir pada Disember tahun lalu, kini penghuni rumah sewa di Kampung Jenderam Hilir di sini hanya tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran semalam.

Salah seorang penghuni, Zalina Zakaria, 38, menyifatkan insiden yang berlaku itu sebagai dugaan berganda buat dirinya serta individu lain yang turut menyewa di lapan buah rumah lagi.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama suami serta empat anak tiada di rumah kerana keluar untuk membeli barangan keperluan sebelum menerima panggilan daripada salah seorang jiran yang tinggal berhadapan memaklumkan kediamannya sudah hangus dijilat api.

“Ketika kejadian memang semua tiada di rumah, kami keluar selepas waktu maghrib untuk beli barang dapur dan barang berniaga kerana saya menjual ais krim Malaysia.

“Masa terima panggilan sekitar pukul 10 memang kami sudah hampir tiba di rumah dan hanya tergamam selepas melihat sendiri keadaan kediaman yang sudah hangus.

“Kami tak sempat menyelamatkan barangan berharga, wang tunai serta tiga buah peti sejuk beku dengan nilai anggaran kesemua kira-kira RM20,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Balai Raya Taman Desa Jenderam Hilir di sini semalam.

Tambah Zalina lagi, walaupun terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan barangan berharga mahupun dokumen penting, dia tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang menimpa keluarganya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI