fbpx

Kenderaan Thailand dibenar masuk Kelantan pada 1 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misuari (kanan) dan Samphan (kiri) meninjau Stesen Kawalan Sempadan JPJ di Rantau Panjang hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Kenderaan persendirian dari Thailand dibenarkan untuk masuk ke negeri ini menerusi tiga pintu utama Stesen Kawalan Sempadan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Jeli bermula 1 Jun ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, tindakan itu serentak dengan keputusan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Thailand sebelum ini.

Menurutnya, semua kenderaan persendirian dari negara berkenaan perlu mematuhi semua prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada 1 April 2022 lalu.

“JPJ Kelantan akan mengeluarkan Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) di ketiga-tiga buah Stesen Kawalan Sempadan bagi kemasukan kenderaan persendirian dari Thailand ke negara ini.

“Syarat yang dikenakan antaranya borang permohonan Permit Peredaran Antarabangsa (JPJK9), Borang Pengisytiharan Penumpang (JPJK9A), salinan pasport pemohon (pemandu atau pemilik kenderaan) dan salinan sijil perakuan pendaftaran kenderaan,” katanya kepada semasa meninjau Stesen Kawalan Sempadan Rantau Panjang di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Narathiwat, Samphan Yusoff dan Pegawai Daerah Golok, Anirud Buaon. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI