fbpx

PRU15: Khir Toyo sah hasrat bertanding di Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khir (tiga kanan berdiri) melayan tetamu yang hadir pada majlis jamuan Aidilfitri, hari ini.

SABAK BERNAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo mengesahkan hasrat untuk bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohamad Khir, 56, keinginan itu dinyatakan bertujuan merampas dan mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada UMNO.

Kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu, beliau yakin dengan penerimaan dan sokongan kuat masyarakat tempatan terhadapnya.

“Niat saya (bertanding) kerana hanya mahu memastikan kemenangan parti (UMNO) dan bukannya ada tujuan lain.

“Namun, saya menyerahkan segala keputusan itu kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti,” katanya ketika ditemui pada majlis Jamuan Aidilfitri di kediamannya di Simpang Lima, Sungai Besar di sini, hari ini.

Jelas Mohamad Khir yang juga anak jati Sungai Burong, beliau mahu menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu jentera pilihan raya UMNO. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI