fbpx

Anggota EMRS cedera ketika padam kebakaran kilang tilam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota EMRS terbabit yang cedera ketika memadam kebakaran

SEREMBAN – Seorang anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera di bahagian muka dan tangan ketika memadamkan kebakaran sebuah kilang tilam di Jalan Jelebu disini malam ini.

Penolong Pengarah Operasi, JBPM negeri, Zamhuri Zainnordin memaklumkan, anggota tersebut bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan lanjut.

“Anggota EMRS berkenaan dipercayai cedera di muka dan tangan ketika menjalankan operasi pemadaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zamhuri, kerja-kerja pemadaman kebakaran tersebut masih dilakukan oleh pihak bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI