fbpx

Penumpang cedera terkena tingkap feri pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan cermin tingkap feri yang pecah akibat terkena pelampung feri lain ketika ditunda ke Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi pada petang ini.

LANGKAWI – Seorang penumpang cedera pada tangan kanan dan kepala selepas terkena cermin tingkap feri yang pecah ketika pengangkutan itu ditunda di Terminal Feri Penumpang Kuah di sini, petang ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, mangsa, Ahmad Fadzir Izam, 30, yang cedera diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Ahmad Fadzir dari Shah Alam, Selangor, feri dinaikinya yang menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis rosak dan terpaksa ditunda semula ke terminal di Kuah di sini.

“Sebelum kejadian, saya merakam video feri yang dinaiki ditunda dan secara tiba-tiba pelampung pada feri yang melakukan kerja-kerja menunda itu terkena cermin sehingga pecah.

“Saya bernasib baik ketika cermin itu pecah, saya berpaling ke arah rakan saya yang berada berdekatan,” katanya ketika ditemui di sini pada petang ini.

Difahamkan lebih 300 penumpang berada di dalam feri tersebut ketika kejadian.

Menurutnya lagi, ketika kejadian dia berada di tempat duduk penumpang di tepi tingkap.

“Rakan dan beberapa penumpang lain membantu memberi rawatan awal ketika berada di dalam feri.

“Sepatutnya pihak pengurusan feri mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika pengangkutan itu ditunda untuk keselamatan penumpang,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penumpang, Muhammad Ammar Syahmi, 22, dari Jitra berkata, dia menaiki feri tersebut pada pukul 1.30 petang dan dijangka tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, selepas lebih 30 minit perjalanan, feri tersebut terpaksa berpatah balik ke Terminal Feri Penumpang Kuah selepas dipercayai mengalami kerosakan enjin.

“Saya terkejut apabila terdengar cermin pecah tidak jauh dari kerusi tempat saya duduk ketika feri tersebut ditunda apabila menghampiri jeti.

“Suasana menjadi kelam kabut apabila terdapat penumpang cedera terkena serpihan kaca cermin tingkap yang pecah itu,” katanya.

Tambahnya, pihak pengurusan feri itu memaklumkan penumpang terlibat akan bertolak semula Kuala Perlis dengan menaiki feri lain pada pukul 8 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI