fbpx

Bryan rangkul Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRYAN DECHAMBEAU menjulang kejuaraan selepas mempamerkan aksi sempurna pada pusingan terakhir. - AFP

NEW YORK – Pemain tuan rumah, Bryson DeChambeau melakar kejutan selepas menjuarai gelaran sulung kejohanan utama selepas tampil cemerlang pada pusingan terakhir Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) semalam.

Pemain berusia 27 tahun itu, beraksi dengan pukulan terbaik pada pusingan terakhir selepas menamatkan perlawanan dengan tiga pukulan di bawah 67 di Kelab Golf Winged Foot.

DeChambeau pada mulanya hanya berada di kedudukan kedua di belakang rakan se­negaranya, Matthew Wolff yang dilihat berpeluang untuk muncul juara.

Kemudian, DeChambeau tampil dengan pukulan cukup sempurna selepas melakukan eagle di lubang kesembilan dan menamatkan saingan dengan kelebihan enam pukulan berbanding Wolff.

“Kerja keras saya sebelum ini membuahkan hasil dan saya gembira kerana berjaya me­lakukannya.

“Pada lubang kesembilan, saya benar-benar percaya bahawa mampu untuk memena­ngi aksi kali ini. Selepas melakukan eagle, saya sendiri terkejut tetapi bermula dari situ keyakinan saya bertambah.

“Saya terus kekal fokus dan memanfaatkan setiap pukulan dengan cara paling terbaik. Itulah yang saya lakukan dan ia membuahkan hasil dengan cemerlang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI