fbpx

Aprilia jadi pilihan RNF musim 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN RNF bakal menggunakan jentera Aprilia pada saingan MotoGP bermula musim depan selepas menamatkan kerjasama dengan Yamaha. – TWITTER WITHU YAMAHA RNF MOTOGP TEAM

PASUKAN RNF akhirnya mengesahkan mereka bakal menamatkan kerjasama dengan Yamaha apabila beralih arah untuk menggunakan jentera Aprilia bagi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2023.

Prinsipal pasukan RNF, Datuk Razlan Razali menyuarakan rasa gembira dan teruja untuk menjalinkan kerjasama selain mahu membantu perkembangan pengeluar motosikal dari Itali itu.

Menerusi perjanjian selama dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun, Razlan berterima kasih kepada Aprilia kerana meletakkan keyakinan cukup tinggi terhadap pasukan tersebut.

“Kami sangat gembira dan te­ruja untuk menjalinkan kerjasama jangka panjang bersama Aprilia. Falsafah kami tetap sama, iaitu untuk membangunkan pelumba yang boleh beraksi bersama pasukan utama Aprilia.

“Kami juga akan membantu mereka dari segi pembangunan bagi memastikan kami terus menampilkan aksi kompetitif serta menjadi pemenang bersama Aprilia Racing,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyatakan penghargaan kepada Yamaha selepas bersama mengharungi saingan MotoGP sejak 2019 selain mencatat prestasi cukup menga­gumkan pada musim 2020.

“Kami mahu mengalungkan penghargaan serta mengucapkan terima kasih kepada Yamaha atas kerjasama yang dijalinkan selama ini. Kami tetap berikan fokus 100 peratus bagi menghadapi saingan musim ini.

“Sudah tentu kami perlu bekerja lebih keras bagi meningkatkan kemampuan jentera serta memperbaiki keputusan perlumbaan bersama Yamaha. Kami mahu tamatkan saingan 2022 dengan penuh bangga,” ujar Razlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI