fbpx

Budak tujuh tahun derita sakit kulit mengelupas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLINA (kiri) kiri dan Nur Ezannee melihat keadaan Nur Qiesya Zulaikha yang menderita psoriasis iaitu penyakit kulit mengelupas dan bersisik ketika ditemui di Taman Makmur, Kulim baru-baru ini.

KULIM – Seorang kanak-kanak terpaksa memendam hasrat untuk bersekolah apabila menghidap psoriasis iaitu sejenis pe­nyakit kulit yang membuatkannya gatal, kering, bersisik dan mengelupas hingga berasa tidak selesa dan sukar tidur.

Nur Qiesya Zulaikha Nor Ezannee, 7, menghidap penyakit itu sejak berusia dua tahun dan ha­nya mampu duduk di rumah ke­rana tidak selesa memakai baju dan seluar selain tidak boleh berada dalam suasana panas.

Ibunya, Azlina Ab. Bakar, 35, berkata, dia sebak apabila anak­nya berasa seronok melihat kanak-kanak lain ke sekolah sedangkan dia terpaksa berada di rumah.

“Saya pernah daftar dia ke tadika tetapi dia sukar pakai baju seragam dan berada dalam suasana panas.

“Kulitnya akan kering, bersisik, gatal dan mengelupas hingga menyebabkan dia sukar tidur malam,” katanya ketika ditemui di Taman Makmur di sini baru-baru ini.

Menurut Azlina, dua lagi anaknya, Nurfifi Liana Aswani Nur Ezanee, 14, dan Muhammad Qhalish Zafran, 4, tidak menghidap penyakit itu.

Tambahnya, dia tidak pasti bagaimana anaknya boleh menghidap penyakit itu tetapi suami­nya, Nur Ezannee Zain, 36, turut mempunyai masalah yang sama.

“Kami membawa Nur Qeisya ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan pada setiap bulan,” katanya.

Ujar Azlina, setakat ini tiada penawar yang telah ditemui untuk penyakit itu tetapi ubat-ubatan yang dibekalkan pihak hospital dapat mengurangkan gatal dan sakit.

“Penyakit suami juga kembali menyerangnya dan dia tidak boleh turun ke laut untuk menangkap ikan di Penaga, Pulau Pinang,” katanya yang menerima bantuan zakat RM400 sebulan.

Sehubungan itu, Azlina berharap ada pihak yang sudi membantunya untuk memulihkan anak dan suaminya supaya mereka dapat menikmati kehidupan dan memudahkan urusan harian.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh berbuat demikian di akaun Agrobank Nor Ezannee Zain 2007-1610-0008-0498 atau menghubungi Azlina di talian 011-3949 2879 untuk maklumat lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI