fbpx

Messi makin bosan sikap Laporta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI memberi amaran kepada Laporta supaya berhenti daripada bercakap mengenai dirinya selepas berhijrah ke PSG. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi dilaporkan bengang dengan tindakan Presiden Barcelona, Joan Laporta yang terus bercakap mengenai dirinya meskipun sudah tidak menyarung jersi pasukan itu.

Sejak meninggalkan Camp Nou musim panas lalu, Laporta tidak putus-putus bercakap mengenai Messi, selain mendakwa pemain antarabangsa Argentina itu menyertai PSG kerana wang semata-mata.

Lebih menghangatkan kea­daan, Laporta turut berkata, kepulangan Messi ke Barcelona sangat dialu-alukan sekiranya dia sudi bermain secara percuma tanpa sebarang bayaran.

“Tidak ada sesiapa yang boleh meminta saya untuk bermain tanpa sebarang bayaran. Bagi saya, apa yang diperkatakan oleh Presiden (Laporta) adalah sesuatu yang tidak munasabah.

“Kata-kata beliau mengguris hati saya. Beliau sepatutnya tidak perlu mengeluarkan ke­nyataan sedemikian kerana ia boleh meng­undang sesuatu yang tidak baik kepada imej saya,” kata Messi.

Sebagai rekod, Laporta dilihat beberapa kali cuba melakukan provokasi selain sentiasa melibatkan nama Messi ketika me­lakukan sidang media dan ia nya­ta tidak disenangi pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu.

Selain Messi, bapanya, Jorge juga tidak selesa dengan tindakan Laporta dan pernah mengambil tindakan menghubungi Presiden Barcelona itu bagi memberi amaran supaya tidak terus bercakap mengenai anak­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN