fbpx

Hamilton terus hadapi isu jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON masih diselubungi masalah pelarasan jentera sambil mengakui permukaan jalan di Litar Monaco yang beralun menambahkan masalah sedia ada. – AFP

MONACO – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui masih ba­nyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan oleh pasukan Mercedes sekiranya berhasrat untuk me­raih keputusan positif menjelang saingan Grand Prix (GP) Monaco malam ini.

Kata Hamilton, jentera yang dibekalkan pasukan ketika ini tidak berada pada tahap terbaik khususnya ketika melalui Litar Antarabangsa Monaco yang agak beralun sehingga memberi ke­lebihan kepada pencabar utama, Ferrari dan Red Bull.

“Saya akui agak terkejut de­ngan keadaan litar ini yang tidak sempurna kerana treknya yang agak beralun mungkin boleh menyukarkan misi pasukan dalam usaha merekodkan keputusan positif nanti.

“Berdasarkan ujian masa yang dilakukan, ada sedikit peningkatan prestasi, tetapi saya percaya masih ada ruang untuk diperbaiki dan berharap jurutera kami sempat membaik pulih kekura­ngan tersebut,” katanya.

Sementara itu, pelumba ber­usia 35 tahun itu mengakui sa­ngat tidak selesa ketika melalui jalan beralun sehingga boleh menyukarkannya untuk memberi tumpuan penuh pada perlumbaan nanti.

“Saya rasa ini adalah kali pertama mengalami situasi seperti ini kerana di perlumbaan GP sebelumnya, gegaran ketika melalui jalan beralun tidaklah begitu dirasai.

“Justeru, saya harap segalanya dapat berjalan dengan lancar pada hari perlumbaan nanti,” katanya.

Hasrat Hamilton untuk mencipta sejarah meraih gelaran juara dunia buat kali kelapan musim ini nampak sukar selepas hanya mengutip 46 mata berbanding seteru utama yang juga juara musim lepas dari Red Bull, Max Verstappen yang gah mendahului dengan 110 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI