fbpx

The Doctor sah sertai Petronas SRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI (depan) akan bergandingan dengan Franco Mobirdelli (belakang) dalam pasukan Petronas Yamaha SRT bagi saingan MotoGP pada musim depan.

SPEKULASI juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebanyak tujuh kali, Valentino Rossi me­nyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT) akhirnya terjawab selepas pelumba Itali itu sah mengikat kontrak dengan pasukan berpangkalan di Malaysia menerusi perjanjian baru-baru ini.

Arena permotoran negara minggu lalu gempar apabila Prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali dilihat memuat naik status di ­Facebook miliknya mengenai pertemuan dengan Rossi bagi membincangkan soal kontrak.

Semalam, Razlan mengesahkan pihaknya berjaya mengikat kontrak, namun belum mendedahkan lebih terperinci mengenai soal tersebut dan dijangka mengumumkan secara rasmi pada Grand Prix (GP) Barcelona minggu ini.

“Ya saya mengesahkan bahawa kami telah mengikat kontrak dengan Rossi dan akan me­ngumumkan secara rasmi pada ­minggu ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Razlan turut mendedahkan pihaknya juga telah menetapkan syarat ketat kepada Rossi apabila hanya membenarkan dua kru miliknya dibawa masuk ke dalam pasukan.

Difahamkan, pelumba Itali itu ingin membawa semua krunya pada musim depan ke dalam pa­sukan itu, namun dengan syarat berkenaan akan menyaksikan bakal berlaku perubahan besar-besaran terhadap barisan kru terbaiknya.

“Jika dia datang ke pasukan SRT, kita tidak mahu dia mero­sakkan struktur pasukan yang kita bina. Jadi, buat masa ini kita hanya benarkan dua kru sahaja bersama SRT tahun depan,” katanya.

Bagaimanapun, berapa jumlah kru yang akan berpindah ke dalam pasukan Petronas Yamaha SRT dan apa yang berlaku kepada mekanik serta jurutera akan diketahui tidak lama lagi.

Pasukan milik Malaysia tersebut sebelum ini dijangka memuktamadkan perjanjian dengan Rossi pada GP Styria pada 23 Ogos lepas, namun gagal direa­lisasikan selepas berdepan beberapa masalah terutama mengenai kontrak.

Pasukan Yamaha Monster Energy sebelum ini mengumumkan pelumba pasukan SRT, Fabio Quartararo akan menyertai mereka secara rasmi pada musim hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI