fbpx

Cuaca cerah di hampir seluruh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan kebanyakan kawasan di semenanjung Malaysia adalah cerah serta tiada hujan yang berlaku pada pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya hari ini berkata, pada masa ini hanya kawasan perairan negeri Perak dan Selangor sahaja dijangka mengalami hujan lebat.

“Sementara itu, amaran angin kencang serta laut bergelora kategori pertama dan juga kedua dikeluarkan melibatkan kawasan perairan Phuket dan juga Selat Melaka Utara.

“Dalam tempoh ini, angin bertiup dengan agak kencang sehingga 60 kilometer sejam serta ketinggian ombak juga boleh mencapai 4.5 meter,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, keadaan terbabit adalah berbahaya untuk bot-bot kecil serta sukan dan rekreasi laut.

Mengulas lanjut, amaran itu berkuat kuasa sehingga 2 Jun ini dan orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati serta mengelak kawasan pantai dan laut dalam tempoh ini.

Dalam pada itu, cuaca di Sabah dan Sarawak pula turut dilaporkan dalam keadaan baik serta cerah pagi ini.

“Namun, pada petang nanti dijangkakan hujan lebat serta ribut petir akan berlaku di kedua-dua negeri terbabit,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN