fbpx

BTS akan bertemu Biden bincang isu anti-Asia di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertemuan itu dijangka berlangsung di White House pada 31 Mei ini bagi membincangkan isu anti-Asia yang semakin meningkat di AS. - KpopStarz

WASHINGTON – Kumpulan muzik Korea Selatan popular, BTS akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di White House, lapor stesen penyiaran ABC kelmarin.

Pertemuan yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei ini  adalah untuk meraikan Bulan Warisan Orang Asia Amerika dan Orang Asli Hawaii/Pasifik (AANHPI).

Sensasi global K-pop itu merancang untuk bercakap tentang penerimaan, perwakilan dan diskriminasi anti-Asia di tengah-tengah gelombang jenayah kebencian  anti-Asia di AS.

Biden dan BTS juga merancang untuk membincangkan kepentingan kepelbagaian dan keterangkuman serta cara kumpulan itu boleh menjadi contoh teladan kepada belia di seluruh negara.

Pada 2021, BTS telah diberikan peranan sebagai utusan presiden khas untuk generasi dan budaya akan datang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mempromosikan diplomasi global.

Kumpulan itu mendedahkan bahawa mereka sentiasa berkomunikasi dengan peminat dan menikmati hak bercakap secara bebas tentang isu yang mereka hadapi.

Mereka menggunakan tanda pagar seperti #youthtoday dan #yourstories di media sosial semasa menyediakan ucapan untuk PBB.

“Melalui tanda pagar ini, kami berkomunikasi dengan peminat dan mengetahui apa yang difikirkan oleh generasi masa depan.

“Apabila perbincangan dua hala seperti ini berterusan, keadaan akan menjadi bertambah baik,” kata salah seorang anggotanya, J-Hope.

BTS telah mengumpulkan peminat antarabangsa dengan memenuhi stadium di seluruh dunia di samping memenangi anugerah berprestij daripada Anugerah Muzik Video MTV dan  Anugerah Muzik Amerika. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI