fbpx

Skuad B-23 tidak gagal pada Sukan SEA 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SAIFUDDIN

APA kriteria rumusan kontinjen negara yang melabelkan skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) sebagai gagal?

Itu persoalan utama yang timbul selepas rangkuman p­restasi kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Vietnam 2021 yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara (MSN) apabila merumuskan skuad B-23 negara sebagai gagal.

Sebaliknya, skuad kendalian Brad Maloney boleh dikatakan ‘lulus ujian’ apabila muncul pasukan tunggal tidak menggunakan pemain lebih umur dan berjaya memberikan saingan kepada pencabar lain yang memiliki tonggak senior malah turut mencemaskan juara bertahan yang juga tuan rumah, Vietnam pada separuh akhir.

Jika pencapaian raih pingat diambil kira, ia mungkin bersesuaian, namun secara rea­listik, kehadiran skuad B-23 ke Hanoi kali ini hanya berpaksikan kepada persiapan sebelum menghadapi tugasan lebih getir pada Piala Asia B-23 di Uzbekistan, bulan depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, apa yang dilalui skuad negara di Sukan SEA hanya dipisahkan oleh faktor nasib, namun kerja keras masih perlu dilakukan sebelum ke Piala Asia B-23.

“Saya rasa MSN kata gagal sebab kita tidak dapat pingat, kalau kita dapat pingat gangsa mungkin dia kata tidak gagal. Pemain sudah tunjukkan prestasi baik dan saya sendiri lihat cuma mungkin dari segi nasib kita tidak ada dan aspek pe­nyudah perlu dipertajamkan.

“Bagi kami di FAM, ini adalah pendedahan yang baik untuk pemain sebagai persiapan ke Piala Asia B-23. (Pendirian FAM) tidak boleh kata gagal, kalau dari segi prestasi memang bagus tetapi dalam bola sepak ini yang mustahak adakah kita mampu jaringkan gol atau tidak.

“(Sama ada adil atau tidak rumusan sebagai gagal) memang saya tidak boleh komen kerana sudah pasti MSN ada KPI (petunjuk prestasi utama) dia sendiri. Saya kena tanya MSN berkaitan hal ini kerana tentu mereka ada KPI,” kata­nya.

Pada aksi penentuan pingat gangsa, skuad negara tewas 4-3 kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI