fbpx

Amaran ribut petir di tiga negeri hingga 8 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tiga negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah di Selangor dan Sabah.

“Hujan lebat berserta angin kencang dijangka akan melanda daerah Petaling dan Hulu Langat, Selangor.

“Keadaan sama juga diramal akan berlaku di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Sabah,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia berkata, keadaan itu boleh berlaku sehingga pukul 8 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan hujan lebat luar biasa dikenal pasti menjadi punca berlakunya banjir kilat melibatkan lebih 80 keluarga di daerah Batang Padang dan Muallim, Tanjung Malim, Perak kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI