fbpx

Guna individu pernah kerja di Malaysia sebagai tekong PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siva sedang menanyakan sesuatu kepada Hendra.

KLANG – Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikatakan menggunakan individu yang pernah bekerja di negara ini bagi menjalankan aktiviti mereka.

Ini terbongkar apabila tekong laut yang ditahan Maritim Malaysia (APMM) Selangor dalam kejadian di Barat Daya, Jeram dekat sini pernah bekerja sebagai tukang masak dan pencuci pinggan di sebuah restoran di Shah Alam.

Hendra, 35, berkata, dia pernah bekerja selama empat tahun dan mempunyai kepakaran dalam mengendalikan bot.

Lelaki yang berasal dari Tanjong Balai, Indonesia itu memberitahu menerima upah sebanyak RM1,200 bagi setiap perjalanan pergi dan balik untuk menghantar dan mengangkut PATI.

Tekong laut sindiket PATI dikenali Hendra ketika ditemui pemberita hari ini.

“Saya gerak dari Tanjong Balai kira-kira pukul 5 petang semalam dengan membawa 60 PATI sebelum ditugaskan membawa 10 lagi PATI dari sini (Selangor).

“Bos hanya bekalkan Sistem Kedudukan Global (GPS) untuk perjalanan itu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Turut hadir adalah Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar.

Jelas Hendra, dia memberikan alasan terlibat dalam sindiket tersebut bagi mencari wang untuk mengubati dua anak lelaki berusia 7 dan 12 tahun yang diserang penyakit misteri sehingga tidak boleh berjalan.

“Ini adalah kali pertama saya melakukan kerja sebegini,” dakwanya.

Sementara itu, seorang PATI wanita dikenali Ria, 27, memaklumkan dia membayar RM1,350 kepada sindiket untuk pulang ke Pekan Baru, Riau.

“Saya dan rakan-rakan guna kereta aplikasi e-hailing ke rumah tumpangan sebelum dibawa dibawa keluar gunakan bot.

“Ini balik pun sebab anak tiada orang jaga selepas kedua-dua orang tua meninggal dengan saya dan suami telah bercerai,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI