fbpx

Suami guru mangsa amukan di Texas meninggal dunia akibat patah hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 24 tahun sebelum Irma (kiri) maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah Texas. - CNN

AUSTIN, Texas – Suami kepada guru yang terkorban dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di bandar Uvalde, negeri Texas, meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor stesen penyiaran NBC kelmarin.

Mangsa, Joe Garcia, dipercayai mendapat serangan jantung akibat sindrom patah hati kerana terlalu sedih selepas isteri, Irma Garcia terbunuh bersama 19 pelajarnya pada Selasa lalu.

Irma diangkat sebagai wira apabila bertindak sebagai perisai manusia kepada anak-anak muridnya semasa kejadian,  meskipun tidak mampu menahan semua peluru itu daripada mengenai mereka.

Pasangan ini merupakan pasangan kekasih sejak di bangku sekolah dan sudah berkahwin selama 24 tahun.

“Dia baru tiba di rumah selepas menziarah kubur Irma dan berborak dengan ahli keluarga.

“Secara tiba-tiba, dia rebah dan tidak bernyawa. Ahli keluarga cuba memberi bantuan pernafasan atau CPR dengan menekan dada,  namun tidak berjaya,” ujar anak saudaranya, John Martinez.

Doktor menyifatkan insiden tersebut berkemungkinan besar disebabkan sindrom patah hati atau dikenali sebagai takotsubo cardiomyopathy.

Ia biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada tekanan yang melampau seperti kematian mengejut pasangan.

Tidak seperti orang yang mengalami serangan jantung biasa yang disebabkan oleh arteri tersumbat, orang yang mengalami sindrom patah hati mengeluarkan semburan hormon tekanan yang menghalang jantung mereka daripada mengecut dengan betul.

“Ia adalah kes klasik sindrom patah hati jika dilihat daripada apa yang telah diterangkan oleh ahli keluarga mangsa,”kata Pakar Kardiologi Brigham and Women’s Hospital Boston,  Dr. Deepak Bhatt. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI