fbpx

Real masih pedih kekalahan aksi 1981

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL mahu menamatkan aksi final musim ini dengan kemenangan untuk membolehkan mereka merangkul trofi UCL ke-14. – AFP

PARIS – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti ada misi tersendiri menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liver­pool di Stade de France awal pagi esok.

Secara peribadi, pengendali dari Itali itu akan berdepan The Reds buat kali keempat di perlawanan akhir dalam kancah bola sepak Eropah sepanjang karier bergelar pemain dan jurulatih.

Meskipun sedar Liverpool mahu membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada per­lawanan akhir 2018, namun Ancelotti percaya skuad kendaliannya turut menggalas misi sama apabila turun membuat perhitungan awal pagi esok.

Real mahu menjadikan kekalahan kepada Liverpool pada aksi final Liga Juara-Juara 1981 sebagai pembakar semangat bagi menambah koleksi kejuaraan ke-14 mereka dalam pertandingan tersebut.

“Adakah Liverpool sahaja yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka kepada Real pada 2018? Kami juga ada misi tersendiri kerana Real tewas kepada Liverpool pada perlawanan akhir 1981 yang turut berlangsung di Paris.

“Saya tahu ia sudah lama berlalu, tetapi pertemuan kali ini akan menemukan dua pasukan terbaik di Eropah. Pasukan yang memiliki kemahuan serta karakter akan menjadi pemenang,” kata Ancelotti.

Beliau yang turut dianggap sebagai ‘musuh’ Liverpool ketika membimbing Everton menegaskan, anak-anak buahnya akan berdepan tugas sukar pada per­lawanan itu nanti berdasarkan prestasi semasa ditampilkan skuad kendalian Jurgen Klopp.

“Seperti yang sentiasa saya sebut, Liverpool adalah pasukan berkualiti serta memiliki struktur cukup baik. Jurgen (Klopp) melakukan tugas sangat baik bersama Liverpool dengan transformasi yang dilakukan,” ujarnya.

Sebagai rekod, Ancelotti bakal melakar sejarah tersendiri apabila membimbing pasukan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali kelima selain menjadi salah seorang individu yang memenangi trofi tersebut sebagai pemain dan jurulatih.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI