BAHANG drama kegilaan ramai, 7 Hari Mencintaiku musim ketiga (7HM3) nampaknya belum reda, khususnya dalam media sosial.
Ada peminat berharap drama berkenan tidak lagi disambung tetapi terdapat juga yang memasang impian untuk menonton musim keempat.
Lucunya, ada pula yang mahu musim keempat mengisahkan kehidupan 20 tahun akan datang keluarga Mak Leha dan arwah Pak Samad.
Netizen yang ‘terlampau rajin’ bahkan turut menyenaraikan para pelakon senior yang dikatakan layak untuk menggalas watak-watak sedia ada.
Dalam sebuah video TikTok, ada yang mencadangkan nama Jalil Hamid sebagai pemegang watak Khuzairi, Wan Maimunah (Mia Adriana), Helmi (Wan Hanafi Su), Fauziah Nawi (Sofi), Rosnah Mat Aris (Dr. Fatin) dan Hamidah Wahab pula sebagai Nurul ketika tua.
“Ini 7HM musim ke-50 ke? Sejak muda sampai ke tua, bergolak saja keluarga ini,” seloroh netizen.
Setakat, belum ada berita bahawa naskhah berkenaan masih bersambung.