fbpx

Tsitsipas berdepan getir sebelum layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSITSIPAS sudah beraksi dalam sembilan set untuk dua pusingan sebelum mara ke pusingan ketiga saingan Terbuka Perancis. – AFP

PARIS – Pemain pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas terpaksa bermandi peluh untuk meloloskan diri ke pusingan ketiga sai­ngan Terbuka Perancis selepas menewaskan wakil Republik Czech, Zdenek Kolar awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Tsitsipas yang juga finalis di Roland Garros tahun lalu diberikan tentangan sengit oleh pemain daripada pusingan kelayakan sebelum merekodkan kemenangan 6-3, 7-6, 6-7, 7-6.

“Ini adalah perlawanan yang cukup gila kerana selepas mengharungi aksi yang sengit dengan pertarungan lima set pada pusi­ngan pertama, saya sekali lagi diuji pada pusingan kali ini.

“Pujian wajar diberikan kepada Kolar yang memberikan saingan cukup sengit apabila tiga set perlu ditentukan menerusi aksi tie-break dan saya bernasib baik saingan tidak diheret ke set kelima,” kata Tsitsipas.

Sementara itu, pemain ran­king No. 2 dunia, Daniil Medvedev tidak mempunyai masalah untuk mara ke peringkat seterusnya selepas merekodkan kemenangan straight-set 6-3, 6-4, 6-3 ke atas wakil Serbia, Laslo Djere.

“Secara jujur, harus diakui Djere merupakan pemain yang lebih baik di gelanggang tanah liat dan ini bukanlah gelanggang ke­gemaran saya. Namun, saya bernasib baik kerana lebih bijak dalam mengatur strategi untuk melakar kemenangan,” kata Medvedev.

Medvedev dijadualkan menentang seorang lagi pemain dari Serbia, Miomir Kecmanovic di pusingan ketiga manakala Tsitsipas dijadualkan bertemu dengan wakil dari Sweden, Mikael Ymer malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI