fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di Nilai di sini pagi tadi. - FOTO: IHSAN FACEBOOK.

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di Nilai di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa Mohamad Iskandar Abdollah Zawawi, 31, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu lori berusia 46 tahun dalam perjalanan dari Sepang menghala ke Pantai sedang bergerak terus, namun tiba- tiba datang motosikal mangsa dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan di hadapannya lalu hilang kawalan dan jatuh serta termasuk ke laluan lori,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fazley berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI