fbpx

Penipuan transaksi online aduan tertinggi diterima KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang PKP yang dilantik KPDNHEP pada program Pemukiman Hala Tuju PKP di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Aduan berhubung transaksi online merupakan isu kepenggunaan tertinggi diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sebanyak 2,652 daripada keseluruhan 8,260 aduan isu kepenggunaan yang diterima kementeriannya dari Januari hingga April lalu melibatkan transaksi online.

Beliau berkata, trend penipuan melibatkan transaksi online dikesan semakin menjadi-jadi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun 2020.

“Ia (transaksi online) menjadi aduan tertinggi sejak PKP dilaksanakan pada tahun 2020.

“Selain transaksi online, sebanyak 1,871 aduan berhubung harga dan 1,812 aduan perkhidmatan mengelirukan turut diterima KPDNHEP sepanjang tempoh sama,” katanya pada program Pemukiman Hala Tuju Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP)di sini malam tadi.

Seramai 46 PKP yang berperanan membantu KPDNHEP meningkatkan kefahaman ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat menerima watikah pelantikan masing-masing pada program berkenaan.

Sehubungan itu, Rosol memberitahu KPDNHEP akan berusaha melengkapkan pengguna dengan ilmu kepenggunaan digital dan mengelak risiko menjadi mangsa jenayah sindiket penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI