fbpx

Gempa bumi kuat gegar Rantau Timor, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 skala Ritcher dilaporkan telah berlaku di Rantau Timor, Indonesia.

PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 skala Ritcher dilaporkan telah berlaku di Rantau Timor, Indonesia pada pukul 10.36 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak di 8.7 darjah Selatan dan 127.1 darjah Timur.

“Kejadian gempa bumi kuat itu berlaku dengan jarak 425 kilometer (km) Timur Laut dari Kupang, Indonesia dengan kedalaman 61 km.

“Bagaimanapun, susulan gempa itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI